SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan penubuhan sebuah persatuan iaitu Persatuan Wartawan Malaysia bagi bertujuan untuk memastikan etika kewartawanan terpelihara dan sebagai ‘benteng’ menghalang penyebaran berita palsu.
Beliau berkata, bidang kewartawanan sering berdepan dengan pelbagai rintangan dan cabaran, lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi semasa apabila ledakan teknologi digital turut melahirkan ramai ‘wartawan segera’.
“Saya berharap organisasi media dan wartawan dapat membantu menangkis dan menolak laporan tidak benar serta menyedarkan ‘wartawan segera’ supaya tidak lagi meneruskan perlakuan sedemikian.
“Wartawan di Malaysia perlu bersatu dan memainkan peranan ke arah penyaluran maklumat yang benar dan sahih sebagai cara menangani isu berita palsu yang berleluasa,” katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 di semalam.
Justeru, beliau berkata, penubuhan persatuan itu bertujuan bagi memastikan etika kewartawan dipelihara, profession kewartawanan diperkasa dan kebajikan wartawan terjamin.
Tambahan pula, dengan adanya platform media sosial, berita-berita palsu atau tidak benar semakin berleluasa sehingga ia menggugat keamanan dan proses pembangunan negara…
Oleh sebab itu, pentingnya wujud pertubuhan wartawan agar ia boleh menjadi ‘benteng’ dalam mengawal serta menghalang penyebaran berita serta informasi palsu di negara ini.
“Sudah sampai masa rakyat buka mata dan melihat bahawa tugas dan tangunggjawab wartawan dalam industri media itu sendiri amat penting kepada hala tuju negara sama ada dari aspek politik, ekonomi mahupun sosial.





