TAWAU, SABAH – Dua orang suspek lelaki terlibat dalam kes pecah rumah kebun ditahan dalam dua serbuan berlainan yang dijalankan di Kampung Jagung Merotai Besar dan kawasan Kampung Kuala Merotai.
Kejayaan tangkapan suspek pada Ahad lalu adalah susulan siasatan pasukan polis daripada Balai Polis Bombalai dalam masa sehari selepas menerima laporan…
Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, barang rampasan termasuk satu unit solar dan bateri serta beberapa barangan lain.
“Kedua-dua suspek dalam lingkungan umur 30 tahun dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah rumah,” katanya.





