KUALA LUMPUR – PAS berpendirian akan tetap meneruskan usaha penyatuan ummah melibatkan ‘komitmen’ ketiga-tiga parti teras Melayu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)-15, seterusnya menjamin kestabilan politik negara pasca-PRU15.
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini menjelaskan pihaknya telah membuat beberapa ketetapan penting dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan, hari ini.
“PAS berpandangan perlu ada ‘keanjalan’ dalam rundingan dengan pihak UMNO dan BERSATU, termasuklah berkenaan syarat-syarat yang dikemukakan dan rundingan kerusi yang sedang diusahakan…
“PAS yang menerajui kerajaan Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan membangkitkan tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat.
“Ini bagi menumpukan kepada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada pertengahan November sehingga Mac tahun hadapan di samping usaha dan langkah pemulihan ekonomi pasca COVID-19,” katanya.