PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Seri Dr. Haji Wan Junaidi Jaafar memaklumkan sesi sidang Parlimen Malaysia kali ini menjadi satu sejarah yang membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang (RUU) berjaya diluluskan.
Beliau berkata, 25 RUU yang diluluskan ini berkait rapat dengan kestabilan negara, ekonomi dan kebajikan rakyat dan melibatkan pelbagai aspek seperti kewangan, pertanian, industri makanan, sumber manusia, pelancongan, jenayah, kehakiman, pertahanan dan kepolisan.
“Antaranya undang-undang yang dianggap mempunyai kepentingan kepada semua rakyat dan negara seperti RUU Pindaan perlembagaan Larangan Ahli Bertukar Parti turut diluluskan dengan majoriti lebih dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara Menteri berkata, antara RUU itu adalah Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli; Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Pembubaran) 2021 dibawah Kementerian Dalam Negeri; Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 juga dibawah Kementerian Dalam Negeri; Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 di bawah Jabatan Perdana Menteri; Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022 dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; RUU Antigangguan Seksual 2021 di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Akta Racun (Pindaan) 2022 dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia; Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2022 di bawah Kementerian Sumber Manusia; Sistem Insurans Pekerja (Pindaan) 2022 di bawah Kementerian Sumber Manusia dan RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 juga di bawah Kementerian Sumber Manusia.
“Selain RUU yang telah diluluskan, terdapat usul yang telah dibawa ke Dewan Rakyat. Sebanyak 9 usul dibahas di Dewan Rakyat dan hanya satu (1) usul sahaja yang telah dibahas di Dewan Negara iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Khas Dewan Negara pada 27 Julai 2022. Ini adalah selaras dengan peruntukan dalam Akta itu sendiri.
“Semua RUU yang diluluskan akan menjalani proses yang sewajarnya sebelum ia dapat dikuatkuasakan melalui undangundang dan penguatkuasaan,” katanya dalam sebuah kenyataan.





