PENAMPANG, SABAH – Polis Daerah ini sedang mengesan waris seorang mangsa pejalan kaki yang maut dirempuh sebuah van berhadapan pasaraya Bataras di Jalan Bundusan, sini.
Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian berlaku lebih kurang 5.30 pagi Khamis (1 Sept).
“Mangsa seorang lelaki ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dianggarkan berumur dalam lingkungan 30-40 tahun…
“Beliau disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan bertugas dari Hospital Queen Elizabeth,” katanya sambeil menambah mayat telah dibawa ke Hospital tersebut untuk bedah siasat.
Pihak Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris mangsa atau jika terdapat ahli keluarga yang hilang untuk segera menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Firdaus Che Mustafa pada talian 013-2006086.





