PRU15: Keyakinan Ronald Berbuah Hasil, Menang Parlimen Beluran

PRU15: Keyakinan Ronald Berbuah Hasil, Menang Parlimen Beluran

0
SHARE

BELURAN, SABAH – Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Ronald Kiandee yang berkeras untuk mempertahankan kerusinya sejak tahun 1999 membuahkan hasil dengan meraih 11,303 undi (majoriti 1,594).

Terdahulu, Naib Presiden Bersatu itu tidak diberikan peluang bertanding kerusi P183 Beluran di atas tiket Gabungan Rakyat Sabah namun “melanggar” atas tiket PN.

Beliau mendahului Benedict Asmat dari Barisan Nasional – 9,709 (undi), Felix Joseph Saang dari Pakatan Harapan (4,460), Rowiena Rasid dari Parti Warisan (3,707) dan Hausing Samsuding dari Parti Pejuang (155).