KUALA LUMPUR -Nasib malang menimpa jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang selepas disingkirkan seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint Quentin bagi sukan Olimpik Paris 2024, semalam.
Memetik sumber Berita Harian, penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.
Hanya lima pelumba memulakan perlumbaan dan saringan satu dimenangi pelumba Australia, Matthew Glaetzer sementara tempat kedua menjadi miliki pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland.
Pada temasya di Tokyo tiga tahun lalu, Azizulhasni menghadiahkan pingat perak buat negara dengan jaguh berbasikal Great Britain, Jason Kenny merangkul pingat emas sementara pingat gangsa menjadi milik Harrie Layversen dari Belanda.