PM Zahir Terima Kasih Atas Sokongan Terhadapnya Di Dewan Rakyat

PM Zahir Terima Kasih Atas Sokongan Terhadapnya Di Dewan Rakyat

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan terima kasih dan penghargaan atas kepercayaan dan sokongan ditunjukkan kepadanya di Dewan Rakyat.

Menurutnya, kerajaan hari ini membawa usul undi percaya kepada Perdana Menteri dan berjaya membuktikan keabsahan dukungan majoriti di Dewan Rakyat.

“Kini masa untuk bekerja dan menjelmakan perubahan yang didambakan rakyat,” katanya

Beliau berkata demikian dalam satu pautan yang dimuat naik dalam laman media sosial rasmi Facebook.

Semalam, media melaporkan Anwar membuktikan kesahihannya sebagai Perdana Menteri ke-10 apabila usul berkenaan diluluskan dengan lebih banyak undian menyokong pada hari pertama persidangan Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat.