KOTA KINABALU, SABAH – Dua orang dalam sebuah kenderaan Toyota Vios cedera ringan selepas jatuh dari setingkat ketika sedang keluar dari tempat letak kereta bertingkat Asia City di sini pada pagi Ahad kelmarin
Mangsa insiden 10.50 pagi itu dikenal pasti Pusat Gerakan Operasi Bomba sebagai seorang lelaki, 24, dan wanita, 30.
“Kenderaan jenis Toyota Vios terbabas di tingkat 3 tempat letak kenderaan lalu melanggar tembok dan terjunam ke tingkat 2.
“Terdapat 2 orang mangsa terlibat telah keluar sendiri dari kenderaan dan mengalami cedera ringan.
“Pasukan Bomba bertindak menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain dan memasang sawar-sawar di lokasi.
“Mangsa dihantar ke Hospital menggunakan Ambulans dan operasi tamat pada jam 11.59 pagi,” kata seorang jurucakap bagi agensi.





