Kanak-Kanak Syria Ditemui Terperangkap Di Bawah Runtuhan Bangunan Akibat Gempa Bumi

Kanak-Kanak Syria Ditemui Terperangkap Di Bawah Runtuhan Bangunan Akibat Gempa Bumi

0
SHARE

SYRIA – Luluh hati melihat rakaman kanak-kanak Syria terperangkap di bawah runtuhan sebuah bangunan ekoran gempa bumi yang melanda negara tersebut pada malam Ahad lalu.

Klip dengan durasi 17 saat yang dikongsikan seorang wartawan, Zuher Almosa, di laman Twitter semalam menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan bersama adiknya yang ditemui terhimpit di antara papak konkrit bumbung rumah mereka.

“Tolong bawa saya dan adik keluar dari runtuhan ini tuan. Saya rela untuk menjadi hamba anda,” katanya kepada pasukan penyelamat.

Kanak-kanak yang dianggarkan

berumur tidak lebih dari 10 tahun itu mungkin menafsirkan kejadian bencana alam yang menjejaskan negara Syria dan Turki sebagai kesan peperangan yang sedang berlaku.

Adik lelaki kepada perempuan itu hanya baring senyap tidak bermaya di pangkuan kakaknya selepas dua hari tanpa makan dan minum namun semangat mereka untuk terus hidup sehingga diselamatkan menjadi inspirasi dunia.

Syrian Observatory for Human Rights (SOHR) pada Mac 2022 melaporkan seramai 25,286 kanak-kanak Syria telah mati dalam peperangan saudara yang telah berlanjutan sejak tahun 2011.