KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengangkat sumpah sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, semalam.
Perkara terbabit telah disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi satu ciapan yang dimuat naik dalam laman media sosial Twitter.
“Mesyuarat MKT UMNO malam ini bermula dengan Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO yang dilantik oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” jelas dalam ciapan terbabit.
Tengku Zafrul yang juga Bendahari UMNO merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.





