500 Meriahkan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa FCAS

500 Meriahkan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa FCAS

0
SHARE
Norlidah
Sherley (kanan) menyerahkan cek cura sumbangan kepada YNJ ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai lebih 500 ahli wanita memeriahkan Majlis Makan Malam Sambutan Hari Wanita Antarabangsa anjuran Persatuan Gabungan Cina Sabah (FCAS).

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di sini, pada Jumaat.

Presiden FCAS, Tan Sri T.C. Goh berkata, kehadiran Toh Puan Norlidah ke majlis tersebut merupakan satu penghargaan kepada ahli wanita FCAS yang hadir.

Beliau turut menekankan agar wanita perlu diberikan peluang yang saksama dalam beberapa bidang antaranya pentadbiran mahupun politik.

Dalam majlis yang sama, Yayasan Nur Jauhar (YNJ) turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripada FCAS. — JABATAN PENERANGAN SABAH