KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan raya kepada lebih 70 orang kurang berkemampuan semasa rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.
Penerima termasuk mereka dari rumah orang tua, Persatuan Orang Buta, Persatuan Orang Pekak, rumah kebajikan dan rumah anak yatim.
Beliau kemudiannya turut mengiringi Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu rakyat pelbagai lapisan masyarakat di rumah terbuka itu.
Spekulasi berleluasa sejak beberapa hari lalu mengenai keadaan kesihatan Ketua Menteri dan beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa mereka.
Ketua Menteri yang sedang mengalami kesakitan tetapi dalam keadaan sihat dijadual diperiksa ke hospital untuk prosedur kecil membuang batu karang pada minggu depan.





