KM HAJIJI JALANI PROSEDUR KECIL BUANG BATU KARANG MINGGU DEPAN

KM HAJIJI JALANI PROSEDUR KECIL BUANG BATU KARANG MINGGU DEPAN

0
SHARE
Hajiji
Hajiji (kiri) mengiringi Anwar (kanan) sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) - ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dijadualkan menjalani prosedur kecil bagi membuang batu karang pada minggu hadapan.

Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan Hajiji mengalami kesakitan, namun dalam keadaan sihat.

“Spekulasi mengenai keadaan kesihatan Ketua Menteri tersebar sejak beberapa hari lepas dan beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa semua,” jelas dalam kenyataan terbabit.

Hari ini, Hajiji menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Majlis rumah terbuka tersebut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, isterinya Toh Puan Norlidah RM Jasni, serta barisan jemaah menteri lain.

Dianggarkan seramai 20,000 orang awam yang hadir memeriahkan lagi rumah terbuka itu.