Lebih 20,000 Hadir Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2023

Lebih 20,000 Hadir Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2023

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai lebih 20,000 orang awam hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2023 yang diadakan bertempat di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba di Sabah pagi tadi telah menghadiri acara terbabit.

Selain itu, majlis tersebut juga dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin, isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta barisan jemaah menteri lain.

Hajiji
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2023 yang diadakan bertempat di Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah (SICC) – ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Ariffin Arif merangkap pengerusi penganjur berkata pihaknya kehadiran orang awam hari ini sangat memberangsangkan.

“Kehadiran pengunjung adalah sangat luar biasa kerana sudah tiga tahun kita tidak membuat acara rumah terbuka berskala besar.

“Tahun ini akhirnya kita dapat buat acara secara terbuka. Ini kerana sebelum ini kita tidak dapat lakukannya disebabkan pandemik COVID-19.

“Sejak pagi tadi, anggaran seramai 20,000 orang yang hadir. Mudah-mudahan acara sebegini menjadi wadah menjalin silaturahim dan keharmonian.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor atas penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah 2023 ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di sini, hari ini.

Sebanyak lebih 50 gerai dengan pelbagai jenis menu telah dibuka untuk orang ramai yang bertandang ke majlis rumah terbuka tersebut.