PBS Tidak Tunduk Kepada Zaman, Tetapi Menguasai Zaman – Christopher

PBS Tidak Tunduk Kepada Zaman, Tetapi Menguasai Zaman – Christopher

0
SHARE

KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS) menegaskan bahawa semangat perjuangannya kekal hidup dan relevan, meskipun berdepan perubahan politik semasa.

Naib Presiden merangkap Ketua Pemuda Pusat, Datuk Dr. Christopher Mandut berkata, PBS tidak tunduk kepada arus zaman, sebaliknya menguasai perubahan dengan prinsip dan maruah.

“Keberanian PBS hari ini bukan lagi dengan jeritan di jalanan, tetapi melalui kebijaksanaan, keteguhan dan kesetiaan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menegaskan, PBS tidak hauskan kuasa dan kekal mempertahankan hak Sabah, MA63 serta kepentingan rakyat luar bandar.

Menurutnya, parti itu menyesuaikan strategi tanpa menukar prinsip, kerana keberanian sebenar ialah berunding demi hasil, bukan menentang demi sensasi.

“PBS tidak berdiam diri, kami bekerja. Kami berdiri atas maruah sendiri dan bekerjasama demi Sabah, bukan menyerah demi kuasa,” tegasnya.

Jelas beliau, walaupun PRN-17 menjadi ujian besar, ia membuktikan PBS masih relevan dan terus menjadi suara perjuangan untuk Sabah yang berdaulat dan bermaruah.