Guru Bersuara Aras Silibus “Terlalu Tinggi” Di Facebook Bebas Tindakan Tatatertib

Guru Bersuara Aras Silibus “Terlalu Tinggi” Di Facebook Bebas Tindakan Tatatertib

0
SHARE
Mohd Fadli merupakan seorang guru Matematik di sebuah sekolah rendah di Gombak...

KUALA LUMPUR – Seorang Guru Matematik dari Sekolah Kebangsaan (1) Gombak dibebaskan segala pertuduhan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan pada Selasa.

Mohd Fadli juga dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan dan satu surat daripada Kementerian Pendidikan (KPM) ditandatangani Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan berkata Fadli tidak akan dikenakan sebarang tindakan tatatertib.

Sebelum ini Fadli berkemungkinan berhadapan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat dikenakan ke atasnya walaupun mungkin ada salah silap daripada pihaknya sendiri.

Malah, Isu berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Memetik Berita Harian yang menghubungi Fadli berkata beliau bersyukur kepada semua pihak yang memberi sokongan yang tahu beliau ‘dizalimi’.

Katanya, Beliau menegaskan untuk terus berjuang untuk merubah silibus pembelajaran yang “terlalu tinggi” dan “tidak sesuai”.

“Itu perjuangan asal saya dan saya mahukan perubahan dalam pendidikan. ‘Kerosakan’ itu perlu dibaiki, tetapi bukan semuanya ‘rosak’ kerana masih ada yang baik lagi,” beliau dipetik sebagai berkata.

Tiga hari lalu, Mohd Fadli berkongsi surat tindakan kepada pemembantahan silibus subjek Matematik bagi murid sekolah rendah di Facebook.

Beliau juga sebelum ini kerap menyuarakan kebimbangan mengenai berat beg sekolah yang terpaksa ditanggung murid, akibat kepadatan jadual pembelajaran.