Pemandu Maut Terbabas Dalam Parit Jalan Lama Papar

Pemandu Maut Terbabas Dalam Parit Jalan Lama Papar

0
SHARE
Bomba
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki berusia 21 tahun maut apabila kenderaan Proton Wira yang dipandunya terbabas sendiri ke dalam parit di Jalan Lama Papar, sini, subuh tadi.

Mangsa kejadian kira-kira pukul 6.15 itu dikenal pasti sebagai Alif Syahadan Lasim.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas menyelamat.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata seorang jurucakap bagi agensi dalam sebuah kenyataan.

Mangsa diserahkan kepada pihak oolis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 8.05 malam,” tambahnya.