KM HAJIJI BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA GHAPUR SALLEH

KM HAJIJI BERI PENGHORMATAN TERAKHIR KEPADA GHAPUR SALLEH

0
SHARE
Hajiji
Hajiji memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ghapur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Noor memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh di Masjid Jamek Kampung Likas dekat sini hari ini.

Hajiji kemudiannya menuju ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di mana ahli politik veteran dan bekas Ahli Parlimen Kalabakan dikebumikan.

Ghapur, yang juga bekas Ketua UMNO Kalabakan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, meninggal dunia pada usia 80 tahun jam 12.07 tengah malam Isnin.