KUALA LUMPUR – Repvblik Band bakal mengadakan konsert berskala besar di Malaysia pada 11 Ogos ini sempena sambutan ulang tahun ke-19 kugiran itu ditubuhkan.
Persembahan kugiran terkenal dari Indonesia itu dijadualkan akan diadakan bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert terbabit dibawakan khas oleh penganjur Aytie Management dan Boomset Planning dimana karya lama dan baharu akan dipersembahkan seperti lagu Sandiwara Cinta, Selimut Tetangga, Sayang Sampai Mati dan Sandiwara Lagi.
Sebanyak 16 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert itu nanti.
Disamping itu, konsert itu juga menampilkan Yuletta Yucha, Tiktokers yang sedang meningkat naik sebagai penyanyi undangan untuk persembahan pembukaan.
Beliau turut akan menyampaikan empat buah lagu dan satu lagu duet bersama Repvblik Band.
Konsert 19th Anniversary Repvblik Live in Kuala Lumpur ini turut mendapat sokongan penuh dari Hot.FM, Bulletin.FM dan Molek.FM sebagai radio rasmi.
Selain itu, MRMY Malaysia (Mascot Rider Malaysia) dan Persatuan Busker Malaysia
yang popular di platform Tiktok dan Instagram turut berkerjasama mempromosikan konsert ini.
Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert tersebut secara rasmi yang akan mula dijual melalui ticket2u.com.my/Repvblik pada 3 Julai 2023 jam 11 pagi.
Tiket-tiket mula dijual dengan harga serendah RM155, RM255, RM295, RM365 dan VIP Box pada harga RM4,800.






