Perahu Karam Semporna: Mayat Mangsa Tujuh Tahun Terakhir Ditemui

Perahu Karam Semporna: Mayat Mangsa Tujuh Tahun Terakhir Ditemui

0
SHARE
Lemas
Pasukan mencari dan menyelamat mengangkat mayat mangsa ke darat ( Sumber Foto: Ihsan Maritim Malaysia )

SEMPORNA, SABAH – Mayat terakhir kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang lemas selepas perahu mereka karam di perairan Pulau Nusa Tengah Semporna pada petang Jumaat ditemui semalam.

Padli Ambit, ditemui di kawasan perairan Kampung Pukas pada jam 2.48 petang semalam oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa ditemui 300 meter dari lokasi mangsa di laporkan hilang setelah misi mencari dan menyelamat meliputi 76 batu nautika.

Pada hari kejadian, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun, Nasirin Katibin, ditemui lemas manakala dua penumpang lain, Ampit Gopek, 25, dan Katibin Husni, 28, berjaya menyelamatkan diri.

Ketua Balai Air Semporna PBT II Noorjali Maslah berkata kesemua mangsa berbangsa Bajau Laut yang beralamat di Kampung Halo.