Polis Sabah Terima Lapan Motorsikal Berkuasa Tinggi

Polis Sabah Terima Lapan Motorsikal Berkuasa Tinggi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima lapan buah motosikal berkuasa tinggi sumbangan kerajaan negeri.

Penyampaian sumbangan fasa pertama dengan empat buah motorsikal itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor kepada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di Menara Kinabalu, pada Selasa.

Motosikal berkenaan digunakan untuk tugas-tugas tertentu termasuk mengiringi Yang di- Pertua Negeri Sabah dan Ketua Menteri dalam acara rasmi.

Hadir sama pada majlis ringkas tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong. — JABATAN PENERANGAN SABAH