BANGKOK, THAILAND – Seorang lelaki maut dihempap sebatang pokok kelapa sawit ketika sedang duduk berehat di sebuah ladang di daerah Manang, di wilayah Satun pada Selasa.
Menurut laporan Thaiger, mangsa yang dikenali sebagai Date, 47, ditemui dalam keadaan terbaring oleh pekerjanya selepas menyembur racun kimia pada tumbuhan itu.
Pekerjanya, Sorn, melaporkan insiden itu kepada polis setelah menemui mayat majikannya itu.
“Pasukan penyelamat bergegas mengeluarkan Date dari bawah pokok kelapa sawit dan mendapati jantungnya telah terhenti.
“Anggota kecemasan kemudian melakukan prosedur resusitasi kardiopulmonari (CPR) ke atas mangsa selama 30 minit tetapi tidak dapat menyelamatkan nyawanya,” kata sumber itu.
Katanya, polis percaya bahawa angin kencang menyebabkan pokok tumbang menimpanya.






