PENAMPANG, SABAH – Seorang lelaki didapati meninggal dunia dan kenderaan dipandu olehnya terbabas melanggar tembok sebuah premis berhadapan Pasaraya Survey di Jalan Penampang Baru, di sini tengahari kemarin.
Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Hj Ibrahim berkata pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan tersebut.
“Mangsa merupakan seorang lelaki berumur 42 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan…
“Siasatan awal polis mendapati, mangsa disyaki meninggal dunia akibat masalah kesihatan,” katanya.
Siasatan masih diteruskan dan mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.