Lembaga Koko Malaysia Bantu Petani Koko Yang Terjejas Banjir Di Kawasan Pedalaman...

Lembaga Koko Malaysia Bantu Petani Koko Yang Terjejas Banjir Di Kawasan Pedalaman Sabah

0
SHARE

TENOM, SABAH – Lembaga Koko Malaysia sebagai agensi yang bertanggungjawab ke atas petani koko di negara ini telah mengambil inisiatif dan menyumbang kepada petani koko yang terlibat banjir baru-baru ini terutamanya di Tenom, Sook dan Keningau.

Hampir 119 petani di kawasan tersebut terjejas teruk dengan musibah banjir yang mana ada rumah mereka dihanyutkan serta hasil tanaman serta input pertanian turut dihanyutkan.

Ini secara tidak langsung mereka diuji berganda dengan musibah banjir dan pendemik COVID-19.

Musibah itu turut menyebabkan mereka kehilangan hasil koko untuk satu musim dengan anggaran kerugian dan kemusnahan RM290,000.

Program ini turut disertai oleh Pengerusi Lembaga Koko Malaysia, YB Dr. Aliakbar bin Gulasan sertai diiringi oleh Dr. Ramle Hj. Kasin, Ketua Pengarah LKM, En. Paumin @ Mohd Aminuddin Bin Aling, Ahli Lembaga Pengelola LKM, Tn Hj Mohd Zamri A. Ghani, Pegarah Pemindahan Teknologi dan Pengembangan dan Pn. Maznah Abdul, Pengarah Khidmat Pengurusan.

Program bantuan banjir prihatin ini kepada  119 orang peserta koko telah dilaksanakan dengan penuh rasa simpati yang mendalam dan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) amat dititik beratkan.

Antara kampung yang terlibat ialah Kg Enubai, Kg Kalasasan,Kg Sindungon, Kg Gumisi dan Kg Maugus di Tenom, Kg TransPegalan di Keningau dan Kg Lanas, Kg Pinipi dan Kg Seri Aman di Sook.

Bantuan berupa barangan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan lain-lain diharapkan dapat meringankan bebanan kepada para petani koko yang terkesan dengan musibah banjir dan jugak pelaksanaan PKP 3.0.

Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad yang diketuai oleh En. Dexter Lau Wei Dick, Executive Director turut serta dalam program ini dengan menyumbang 5000 biji creamos bun perisa coklat.

Melalui perbualan, beberapa petani koko menyatakan rasa bersyukur atas keperihatinan LKM.

Taip Bin kimin, Kg Enubai Tenom mewakili petani koko ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan di atas sumbangan ikhlas pihak LKM dalam menjayakan misi bantuan ini.

Agingas Bin Surang, Kg Kalasasan Tenom mendoakan semoga yang maha Esa memberkati setiap sumbangan dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik.

Yusuf Bin Asai, Kg Paal Sebrang Tenom berharap bantuan yang diberikan dapat dipergunakan untuk kegunaan seharian dan meringankan beban petani koko akibat bencana banjir.