TAWAU: Polis sedang giat mengesan dan memburu seorang lelaki penjenayah yang terbabit dengan kes kecurian di kawasan daerah ini.
Polis IPD Tawau dalam satu kenyataan media berkata, suspek penjenayah tersebut diburu bersabit kes di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
“Kejadian kes ini berlaku di kawasan kedai-kedai, Jalan Kee Abdullah pada 5 Ogos lalu
“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu tersebut mahupun pakaian yang digunakan suspek, diminta untuk memberikan kerjasama.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan boleh menghubungi hotline Polis Tawau di talian 089-772121 atau pegawai penyiasat Chong Fung Mee di talian 013-8840113 atau mana-mana Balai Polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.