KOTA KINABALU, SABAH – Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya melanggar tebing konkrit pejalan kaki di Jalan Putra Mas, Tepilok malam semalam.
Dalam kejadian kira-kira 8.28 malam itu, mangsa berusia 22 tahun yang terbabas ke tepi kanan jalan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata mangsa dipercayai menunggang motosikal dengan laju dari arah Jalan Pan Borneo menuju ke pusat bandaraya Kota Kinabalu sebelum insiden.
Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.