TH Terima Anugerah Labaittom Dari Kerajaan Arab Saudi

TH Terima Anugerah Labaittom Dari Kerajaan Arab Saudi

0
SHARE
TH
Dr Mohd Na'im mengumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi apabila menerima Anugerah Labaittom dalam satu majlis ( Sumber Foto: Laman media sosial Facebook rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri )

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi apabila menerima Anugerah Labaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan disediakan oleh Pejabat Urusan Haji.

Memetik sumber Berita Harian, perkara terbabit dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, yang turut menerima anugerah berkenaan daripada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.

Beliau berkata, anugerah itu disampaikan melalui satu majlis yang turut dihadiri pelbagai negara di Makkah, semalam.

“Inilah apa yang sentiasa saya mahukan kepada pihak pengurusan TH untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah Haji Malaysia. Pencapaian adalah sesuatu yang amat membanggakan.

“Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada jemaah haji Malaysia yang sentiasa memberikan kepercayaan penuh kepada TH. Ia satu amanah besar kepada kami.

“Tahniah buat pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja TH,” katanya melalui Facebook.