KTI Landmark Lancarkan IPO Sasaran RM48 Juta

KTI Landmark Lancarkan IPO Sasaran RM48 Juta

0
SHARE
Hajiji

KOTA KINABALU, SABAH – KTI Landmark Berhad melancarkan Prospektus Tawaran Awam Permulaan (IPO) bagi mencapai sasaran RM48 juta menerusi peyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad.

Pelancaran tersebut disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di sini, pada Selasa.

Sebagai pemaju hartanah yang beroperasi di Sabah serta sebuah pengilang Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang diperakui CIDB, KTI Landmark Berhad memberi perkhidmatan mereka bentuk dan binaan kepada Lembaga Kemajuan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah bagi membangunkan kawasan bandar serta projek perumahan awam kepada penjawat awam.

Sehingga kini, KTI Landmark Berhad mempunyai projek Nilai Pembangunan Kasar (GDV) bernilai RM2.2 bilion daripada projek yang sedang berjalan serta yang akan datang di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Sandakan dan Papar di mana, 30 peratus diberikan oleh LPPB.

Antara projek lain KTI Landmark Berhad di Sabah adalah Taman Wawasan di Beaufort, Taman La Gloxinia di Papar serta Taman Seri Lemawang di Tuaran manakala Taman Nelly, Taman Lavender dan The Logg di Kota Kinabalu.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Bukan Eksekutif KTI Landmark Berhad Datuk Hamzah Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Gordon Loke dan Pengarah Eksekutif, Wilson Loke. — JABATAN PENERANGAN SABAH