Presiden Singapura Tiba Di Malaysia Sempena Lawatan Negara

Presiden Singapura Tiba Di Malaysia Sempena Lawatan Negara

0
SHARE
Halimah
Sesi pertemuan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bersama Presiden Singapura, Halimah Yacob sempena lawatan negara sulungnya ke negara jiran selama tiga hari hingga 22 Mac ( Sumber Foto: Laman media sosial Facebook rasmi Menteri KPWKM )

SEPANG, SELANGOR – Presiden Singapura, Halimah Yacob tiba di Malaysia hari ini sempena lawatan negara sulungnya ke negara jiran selama tiga hari hingga 22 Mac.

Memetik sumber Bernama, kunjungan beliau itu sebagai lawatan balas selepas menerima undangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mengunjungi Singapura pada Oktober tahun lepas.

Halimah dan delegasi Singapura termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan dan Luar Negeri Dr Mohamad Maliki Osman serta Menteri Perdagangan dan Industri Low Yen Ling tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10:20 pagi melalui pesawat komersial.

Ketibaan Halimah dan delegasi disambut menteri pengiring Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri dan diberi sambutan kawalan kehormatan setempat oleh Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Akmal Hakim Sabarudin.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra, lawatan terbabit akan mengukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2022 dengan jumlah perdagangan berjumlah RM367.53 bilion (US$83.53 bilion) dengan peningkatan sebanyak 29.4 peratus berbanding jumlah dagangan pada 2021.