Pejabat SPRM Sabah Ditutup Mulai Hari Ini Hingga 17 Mei Untuk Proses...

Pejabat SPRM Sabah Ditutup Mulai Hari Ini Hingga 17 Mei Untuk Proses Sanitasi COVID-19

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS) di sini ditutup sementara mulai hari ini, 10 hingga 17 Mei bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan bagi mengekang penularan COVID-19.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy berkata walaupun pejabat berkenaan ditutup namun tugas-tugas operasi akan dijalankan seperti biasa di pejabat Sektor Pencegahan di Jalan Sulaman di sini.

“Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh hubungi SPRM Sabah menerusi talian telefon Pejabat Sektor Pencegahan SPRM Sabah – 088-415601 / 088-415603 atau e-mel ke sbh@sprm.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.