SAGA X: Memanah Didominasi Pasukan Kota Kinabalu

SAGA X: Memanah Didominasi Pasukan Kota Kinabalu

0
SHARE

RANAU, SABAH – Kejohanan Memanah Sukan Sabah (SAGA) X 2023 didominasi pasukan Kota Kinabalu menerusi kedua-dua acara recurve lelaki dan wanita.

Pemanah Sabah, Evan Rich Chong Qi Wei menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara recurve lelaki, manakala rakan sepasukannya Quik Chern Xin meraih gangsa, manakala perak dimiliki pemanah Tawau, Hiew Ichin.

Sementara itu, acara recurve wanita dimenangi pemanah Faith Fedora Shiu Xiao Min dan Carolyn Chye Hui Yin (Kota Kinabalu) memenangi emas dan gangsa.

Pada hari kedua, seramai 124 dari 17 pasukan bersaing dalam acara recurve individu lelaki dan wanita.

Memberi pandangan, Presiden Memanah Sabah, Dzulkarnain Dzulkifli berkata usaha berterusan perlu digembleng pelbagai pihak untuk mencungkil bakat-bakat baharu kerana Sabah mempunyai potensi yang besar dalam sukan memanah.

“Kita perlu memberi peluang kepada orang ramai yang berminat mengikuti kursus kejurulatihan ataupun pengadilan,” ujarnya.

Menurutnya, Sabah juga banyak melahirkan ramai atlet-atlet memanah di peringkat kebangsaan antaranya Fatin Nur Fatehah Mohd Salleh, Lee Kin Lip dan Otto Wong Co Wan. — JABATAN PENERANGAN SABAH