Drevionna, Akmal Juara Berbasikal 200M Pecut

Drevionna, Akmal Juara Berbasikal 200M Pecut

0
SHARE
Saga x
Acara berbasikal 200 meter pecut kategori lelaki dimenangi oleh Akmal (tengah), tempat kedua Jun (kanan) dan Aiman (kiri) di tempat ketiga ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Acara berbasikal yang masuk hari kedua ini menyaksikan acara pecut sejauh 200 meter bagi wanita dan lelaki di Kampung Maang.

Keputusan rasmi bagi acara tersebut dimenangi oleh Drevionna Magdelynna Davin mewakili daerah Ranau, manakala Nur Dini Nazifa Ag Ali dari Membakut dan Evlighta Willborn, Tuaran masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, bagi kategori acara pecut lelaki pula dimenangi oleh Akmal Thaqif Begurdy dari Tawau, tempat kedua Jun Lee (Kota Marudu) dan Muhammad Aiman Zakwan Zuraidi (Beaufort) di tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden Berbasikal Beaufort, Jupri Etok dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Charles Jimis. — JABATAN PENERANGAN SABAH

Saga x
Acara berbasikal 200 meter pecut kategori lelaki dimenangi oleh Akmal (tengah), tempat kedua Jun (kanan) dan Aiman (kiri) di tempat ketiga ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )