32 Pasukan Sertai Futsal Antidadah, Dekati Belia Melalui Sukan

32 Pasukan Sertai Futsal Antidadah, Dekati Belia Melalui Sukan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seramai 32 pasukan menyertai Kejohanan Futsal SKUAD ANTIDADAH Kota Kinabalu 2026 yang menjadikan sukan sebagai ruang mendekati belia dan menyampaikan mesej pencegahan penyalahgunaan dadah.

Kejohanan selama dua hari di Arena Futsal, Kompleks Sukan Tun Adnan itu disertai 20 pasukan lelaki dan 12 pasukan perempuan.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Sabah, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi, pada 26 September.

Penganjuran oleh SKUAD ANTIDADAH Kota Kinabalu itu menggalakkan belia mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Penyertaan dalam futsal juga memberi peluang kepada mereka memupuk disiplin, kerjasama, kepimpinan dan semangat kesukanan.

Pada kejohanan itu, peserta turut diberikan maklumat mengenai pendaftaran sebagai sukarelawan SKUAD ANTIDADAH Kota Kinabalu.

Pendekatan melalui sukan dan komuniti diharap dapat membantu menyampaikan mesej pencegahan dadah dalam suasana yang lebih dekat dengan golongan belia.

Penganjur berharap kejohanan seumpama itu dapat diteruskan dan diperluaskan bagi menyediakan lebih banyak aktiviti yang membina untuk belia.

Turut hadir Pengerusi SKUAD ANTIDADAH Negeri Sabah, Datuk Mazlan @ Joehari Manan; Pengerusi SKUAD ANTIDADAH Daerah Tawau merangkap Pengerusi Kelab Dua Roda Bersatu, Rudhi Heriyanto Ghazali; serta pengerusi daerah dan ahli jawatankuasa SKUAD ANTIDADAH Negeri Sabah.

Kejohanan itu mendapat sokongan DanaSafe Group sebagai penaja utama, selain rakan strategik SKUAD ANTIDADAH Negeri Sabah, Majlis Belia Sabah, Bateriku.Com, Harapan Maju Sdn Bhd, Kura Kura Sticker, Daeng Function Sound System dan Muk’s Corner.