Arish Mikael Tampil Dengan Karya Baharu ‘Nukilanmu’

Arish Mikael Tampil Dengan Karya Baharu ‘Nukilanmu’

0
SHARE
Arish
Poster lagu Nukilanmu nyanyian Arish Mikael ( Sumber Foto: Ihsan Luncai Emas )

KUALA LUMPUR – Bakat muda dalam industri muzik Malaysia, Arish Mikael bakal tampil lagu terbarunya, Nukilanmu dibawah naungan Luncai Emas.

Mengulas mengenai lagu Nukilanmu, Arish berkata terbabit menceritakan tentang sesiapa sahaja dalam hidup yang mencetuskan inspirasi kepada diri.

“Radzlan selaku penulis lirik lagu ini, terlibat dengan hampir kesemua lagu yang saya cipta buat masa ini.

“Lagu ini terlahir semasa saya berada dalam tempoh dipengaruhi karya-karya Melayu seperti SM Salim, Ahmad Jais, M. Nasir, Loloq dan sebagainya, walaupun sebelum itu saya telah terdedah dengan muzik barat,” katanya.

Berkongsi mengenai proses rakaman lagu, Arish berkata ia merupakan satu pengalaman baru dalam produksi muzik kerana dapat bekerja dalam studio lengkap bersama pemuzik yang lebih ramai.

“Semestinya ada rasa kekok, sebab sebelum itu saya sudah terbiasa merakam demo sendiri dalam bilik tidur tanpa melibatkan telinga, citarasa, idea atau sudut pandangan orang lain.

Jadi ini satu proses yang sangat baik. Tambah pula dengan kehadiran pemuzik yang berbakat seperti Hidayat daripada kumpulan Pitahati, dan Izzat daripada kumpulan Ramayan. Tanpa mereka, projek ini tak akan berseri,” katanya.