MIRI, SARAWAK – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disahkan positif jangkitan COVID-19.
Perkara berkenaan disahkan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.
“Saya ingin menyampaikan salam kemaafan daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg…
“Kami menerima berita pada jam 9.00 malam tadi bahawa beliau tidak dapat hadir untuk merasmikan majlis pada pagi ini,” katanya seperti dipetik TVS.
“Ini kerana beliau telah disahkan positif Covid-19,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Wanita Sarawak 2022.