KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat mengambil pendekatan jalan selamat selepas memecat Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada jawatan AMT UMNO sebelum Zahid mempengerusikan meysuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini.
Tajuddin yang dikenali sebagai seorang pemimpin UMNO yang berani dan lantang di dalam UMNO disingkirkan lebih awal memandangkan malam ini MKT UMNO dipercayai akan membuat pendirian terbaru parti itu berkaitan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Menurut beberapa orang pemimpin UMNO yang ditemui dan enggan namanya disiarkan berkata tidak mustahil hasil keputusan mesyuarat MKT UMNO malam ini mengarahkan Ahli Parlimen BN menarik sokongan daripada kerajaan di bawah Perdana Menteri Malaysia Dato’ Ismail Sabri Yaakob.
Menurut mereka lagi walaupun keputusan PAU yang lalu turut memberikan mandat kepada lima pemimpin tertinggi ‘Top Five’ UMNO untuk berbincang mengenai tempoh masa sesuai diadakan PRU ke-15 namun ketika ini Zahid sedang membeli waktu dan terpaksa menggadaikan segala yang ada agar kerajaan hari ini dapat dibubarkan dengan segera.
Tajuddin yang turut dikenali sebagai pemimpin yang pro kepada Ismail Sabri terpaksa digugurkan memandangkan Zahid ketika ini cuba memastikan agar mesyuarat yang dikendalikannya dapat mengikut acuan Zahid sendiri.
Dalam pada itu kenyataan daripada aktivis anti rasuah sebelum ini turut berkata “agak pelik dan menghairankan apabila Zahid bersungguh-sungguh mahu melihat agar kerajaan hari ini dibubarkan untuk PRU ke-15 walaupun Perdana Menteri Malaysia ketika ini datangnya dari UMNO”
“Sepatutnya Zahid fokus untuk menyelesaikan kes rasuah yang sedang dihadapi olehnya dan membiarkan urusan pentadbiran kerajaan hari ini terus berjalan di bawah Ismail Sabri namun sebaliknya berlaku”.
“Adakah ini ada kena mengena dengan kes rasuah yang dihadapai oleh Zahid, kita serahkan semuanya kepada perhatian rakyat Malaysia.” ujar mereka lagi…
Zahid Hamidi ketika ini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah terhadap 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi (YAB).





