Hyellene Dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2024

Hyellene Dinobat Unduk Ngadau Kaamatan 2024

0
SHARE
Unduk
Unduk Ngadau Inanam, Hyellene (tengah) dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Guru sekolah, Hyellene Danius dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.

Beliau yang mewakili Inanam menewaskan 50 peserta lain dan membawa hadiah wang tunai, mahkota, trofi dan sash berjumlah RM16,000 serta pelbagai hadiah iringan.

Hadiah disampaikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni diiringi isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag.

Manakala, tempat kedua dimenangi oleh Unduk Ngadau Kiulu, Elldiwirna Saimen dan Unduk Ngadau Keningau, Monicka Majin di tempat ketiga.

Sementara itu, tempat keempat hingga ketujuh masing-masing dimenangi oleh Unduk Ngadau KDCA Johor, Romandawi Gapari, Unduk Ngadau Tenom, Liane Melve Grace Lias, Unduk Ngadau Tongod, Elviana Gunong dan Unduk Ngadau Kemabong, Richella Kan Siang Feng.

Pertandingan Unduk Ngadau berkenaan merupakan acara kemuncak bagi sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2024 yang bermula sejak semalam.

Kira-kira 50,000 pengunjung memeriahkan sambutan selama dua hari yang berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan KDCA. — JABATAN PENERANGAN SABAH