Pengundi Cina Penampang Berpihak Kepada GRS Selepas Dihina Shafie Apdal – Kenny

Pengundi Cina Penampang Berpihak Kepada GRS Selepas Dihina Shafie Apdal – Kenny

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Penampang, Kenny Chua, percaya pilihan pengundi dikalangan komuniti Cina disini mula berpihak secara besar-besaran kepada pihak kerajaan, lebih-lebih lagi selepas satu kenyataan dari Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal yang dianggap sebagai satu penghinaan kepada mereka.

“Semasa saya berkempen, ramai penduduk dari komuniti Cina di Penampang khasnya di Kapayan telah meyakinkan saya yang mereka akan mengundi GRS…

“Mereka telah menggangap kenyataan Shafie sebagai satu penghinaan. Mereka rasa amat sakit hati yang ini tidak dapat diubati dengan sekadar kenyataan mohon maaf.

“Bagi mereka, ia menunjukan persepsi Shafie terhadap masyarakat Cina di Sabah selama ini,” katanya.

Shafie, dalam satu ceramah baru-baru ini, mendakwa tidak ada satu pun menteri Cina didalam kabinet kerajaan GRS sambil menggunakan perkataan “satu ekor” untuk merujuk kepada mereka.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal…

Kenny walau bagaimanapun menafikan dakwaan Shafie itu dan berkata bahawa sebenarnya terdapat beberapa pemimpin dari komuniti Cina yang memainkan peranan dalam kerajaan.

Satu daripadanya ialah bekas ketua menteri Sabah Datuk Seri Yong Teck Lee selaku ADUN yang dilantik.

Chua sendiri, yang berbangsa Sino-Kadazan, merupakan pengerusi Sabah Air Aviation Sdn Bhd, sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

“Saya boleh meyakinkan bahawa kerajaan GRS mengiktiraf peranan komuniti Cina dan para pemimpin mereka. Yang penting bukannya jumlah tetapi kualiti,” katanya.

Menurutnya, masyarakat Cina di Sabah sedar bahawa kebanyakan pemimpin politik yang mewakili mereka berada di pihak pembangkang.

“Hasil dari pergaulan dengan mereka semasa tempoh berkempen, saya diberitahu yang mereka mahukan pemimpin berbagsa Cina dari blok kerajaan yang boleh berkhidmat kepada mereka,” katanya.

Dia juga berkata pada PRU15 ini mereka melihatnya sebagai satu peluang untuk menghantar seorang ahli parliament Cina yang pro kerajaan.

“Yang rasa rendah diri kerana mereka melihat saya sebagai suara mereka di parlimen. Jika berjaya dilipih, saya akan memberi yang terbaik kepada mereka,” kata Chua dalam satu kenyataan.