PAPAR, SABAH – Dua lelaki maut ketika cuba membaiki lampu jalan berhampiran Apartment Bukit Melinsung di sini pagi tadi.
Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar hanya dapat mengambil mayat mangsa selepas bekalan elektrik diputuskan pihak SESB dalam insiden 8.25 pagi itu.
“Seorang mangsa dilaporkan terselamat dan dua orang mangsa lagi disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai Abdul Rauf Manda, 61, dan Asnan Abdul Wahid, 54, manakala mangsa selamat Albrayan Binga, 27.