KOTA KINABALU, SABAH – Perkataan ekor sangat menjatuhkan maruah masyarakat Cina dan tidak ada sebarang permohonan maaf yang akan dapay memulihkan kenyataan yang menghina masyarakat Cina.
Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Roland Chia menegaskan bahawa orang cina bukan haiwan mahupun hidupan rendah.
“Orang Cina di Sabah dan Malaysia merupakan sebahagian daripada masyarakat dalam pembentukan Sabah dan Malaysia…
“Melabelkan kami sebagai ‘ekor’ adalah merendahkan semua orang Cina Sabah dan Malaysia,” katanya berhubung penggunaan ayat tersebut oleh President Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal.
Roland berkata kata-kata yang dilontarkan itu mencerminkan pemikiran dan tindakan dalaman seorang pemimpin.
“Atas sebab ini, saya menggesa masyarakat Cina kita untuk mengambil kira dan merenung apabila kita membuang undi esok (19 Nov) sama ada kita patut mengundi parti yang melabelkan kita sebagai haiwan dan menggunakan politik longkang dengan merendahkan sesebuah kaum.
“Ini akan menjadi sejarah bahawa seorang bekas Ketua Menteri Sabah dan bekas menteri persekutuan menggunakan politik ekor. Kita mesti menolak politik EKOR,” katanya.
Untuk rekod, Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dalam kerajaan GRS-BN, Datuk Seri Yong Teck Lee dilantik sebagai Adun.
Di peringkat GLC, Datuk Seri Yee Moh Chai dilantik sebagai Pengerusi Sabah Credit Corporation, Datuk Edward Yong sebagai Pengerusi Hyatt International Hotel, Datuk Vincent Pung mengetuai Bank Pembangunan Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat sebagai Penasihat Khas KM mengenai Pelancongan, Datuk Peter Thien sebagai Penasihat Khas KM mengenai Kewangan dan Ekonomi, Datuk Adeline Leong sebagai Pengerusi IDS dan ramai lagi pemimpin masyarakat politik Cina untuk jawatan kerajaan.
Ketua Menteri juga telah membentuk Majlis Penasihat Ekonomi Sabah yang dianggotai oleh Pengusaha Industri Cina Sabah untuk menasihati Kerajaan Negeri Sabah.
Juga di bawah Datuk Seri Hajiji, Ketua Menteri telah memperuntukkan peruntukan tertinggi kepada pertubuhan bukan Islam termasuk Sekolah Cina (Bebas dan Kerajaan), Tokong Cina, Sekolah Misi, Gereja dan Tokong Hindu.
Pada tahun 2022 ialah RM47 Juta dan Pada tahun 2023 RM54 Juta diumumkan oleh Menteri Besar sendiri.
Saya menggesa masyarakat Cina menolak parti politik yang melabelkan kita sebagai anjing dan kucing.
Dari segi pelaburan, ramai pelabur China menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Menteri dalam kepimpinan inklusif dan konsensus beliau dalam membawa semua parti membentuk Gabungan Rakyat Sabah sekali gus mewujudkan kestabilan politik kepada Negeri Sabah.