KUALA LUMPUR, SABAH – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan cuaca baik di sebelah pagi melibatkan beberapa beberapa negeri pada hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok.
METMalaysia menerusi laman sesawang rasmi memaklumkan tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi di Kuala Lumpur dan Perlis.
Selain itu, cuaca bagi di Putrajaya dijangka baik pada sebelah pagi dan petang, manakala Melaka dan Labuan pula diramalkan akan mengalami cuaca baik pada sebelah petang.
Walau bagaimanapun, ribut petir serta hujan diramalkan bakal turun di majoriti negeri pada sebelah petang khususnya di Pantai Timur.
Antara negeri terbabit melibatkan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Sementara itu, cuaca diramalkan baik pada sebelah pagi tetapi hujan di beberapa kawasan pada petang di negeri Sarawak…