KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang pertama pada tahun ini.
Mesyuarat terbabit diadakan bertempat di pejabatnya Menara Kinabalu, hari ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sr Safar Untong, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato Makhzan Mahyuddin, Pengarah Keselamatan Negeri, Datuk Noor Alam Khan A.Wahid Khan, Pesurujaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dan Panglima Markas Divisyen Kelima Infantri, Mejar Jeneral Datuk Abdul Rahman A.Wahab.






