KAZAKHSTAN BINCANG HUBUNGAN PERDAGANGAN DUA HALA DENGAN SABAH

KAZAKHSTAN BINCANG HUBUNGAN PERDAGANGAN DUA HALA DENGAN SABAH

0
SHARE
Hajiji
Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev (kiri) dalam perbincangan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (kanan) ketika sesi kunjungan hormat di Menara Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Duta Besar Republik Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan berkenaan hubungan perdagangan dua hala di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Hajiji mengalu-alukan kesungguhan negara Asia Tengah itu untuk meneroka pelaburan
peluang dan menjalinkan hubungan perdagangan dengan Sabah.

Sugurbayev ketika ini sedang berada dalam lawatan rasmi dua hari ke negeri ini.

Data dari Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menunjukkan perdagangan antara Malaysia dan Kazakhstan berjumlah RM480 juta untuk 10 bulan pertama 2022 dengan eksport ke Kazakhstan bernilai RM475 juta dan import bernilai RM5 juta.

Lima eksport utama Malaysia ke Kazakhstan terdiri daripada elektrik dan elektronik (E&E), produk getah, hasil pertanian, produk perkilangan berasaskan minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit.