Ops CARILAMAT Nelayan Ditamatkan

Ops CARILAMAT Nelayan Ditamatkan

0
SHARE

LABUAN – Operasi CARILAMAT diaktifkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) 24 Disember lalu ditamatkan setelah tiada sebarang petunjuk positif ditemui sepanjang empat hari usaha pencarian.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, operasi CARILAMAT (cari dan menyelamat) ditamatkan setelah menilai kepada keadaan semasa serta hasil perbincangan bersama pasukan penyelamat yang terlibat.

“Walau bagaimanapun, pemantauan dan pencarian akan terus dilaksanakan semasa rondaan harian dan juga rondaan di persisiran pantai…

“Maritim Malayia merakamkan terima kasih kepada semua pasukan penyelamat serta agensi-agensi sahabat yang terlibat dalam operasi CARILAMAT, antaranya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan AwamMalaysia (APM) dan Jabatan Perikanan Malaysia serta individu-individu persendirian yang turut sama membantu.

“Maritim Malaysia mengingatkan kepada orang awam terutamanya komuniti maritim untuk sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan semasa berada di laut. 

“Peka terhadap ramalan kaji cuaca serta amaran-amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum melaksanakan sebarang aktiviti di laut,” katanya.