MUIS, Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur Meterai MoU

MUIS, Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur Meterai MoU

0
SHARE
Arifin
Arifin (berdiri, tiga dari kanan) menyaksikan Mou di antara MUIS dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur.

MoU tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama di antara MUIS dan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur dalam menjayakan perkhidmatan-perkhidmatan sewaan pengangkutan, perhotelan, kargo, logistik, tempahan tiket penerbangan serta hal-hal kebajikan.

MUIS diwakili oleh Yang Dipertuannya, Datuk Yahya Hussin manakala Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur diwakili Pengarahnya, Sabariah Safri dan disaksikan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Arifin Arif dalam majlis yang diadakan di sini, pada Selasa.

Arifin ketika ditemui media mengucapkan tahniah kepada MUIS atas inisiatif yang bernas untuk pembangunan MUIS dan juga dalam membantu masyarakat khususnya anak Sabah sama ada yang bekerja atau pelajar di Semenanjung.

Beliau berharap usaha berkenaan dapat sedikit sebanyak membantu pegawai-pegawai kerajaan yang akan melaksanakan tugas di Semenanjung termasuklah pelajar-pelajar Sabah.

Arifin turut memaklumkan anak syarikat MUIS akan bekerjasama dengan Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur dalam menyelaras beberapa perkara berhubung lokaliti, penginapan dan hal-hal berkaitan. — JABATAN PENERANGAN SABAH