Kerja Pembersihan, Pensterilan Di Masjidil Haram Dilakukan 10 Kali Sehari

Kerja Pembersihan, Pensterilan Di Masjidil Haram Dilakukan 10 Kali Sehari

0
SHARE
Para pekerja sedang melaksanakan kerja-kerja pembasmian kuman dan pensterilan di Masjidil Haram dijalankan 10 kali sehari...(Sumber Foto: SPA)

RIYADH, ARAB SAUDI – Masjidil Haram dibersihkan hampir sepuluh (10) kali sehari yang mana ia meliputi kerja-kerja pembasmian kuman dan pensterilan bagi memastikan jemaah haji dan pengunjung dapat beribadah dalam keadaan yang selamat.

Memetik laporan Arab News baru-baru ini, seramai 4,000 pekerja lelaki dan wanita diarah menjalankan operasi pembersihan yang diawasi oleh 200 pekerja kanan.

Sepanjang bulan lalu mengikut kalendar Islam, 300 operasi mencuci dan membasmi kuman telah dijalankan di Masjidil Haram termasuk di sekitarnya yang menggunakan 2.4 juta liter produk pembasmi dan pembersihan kuman berkualiti tinggi.

Masjid suci itu turut diharumkan dengan 45,000 liter pewangi dan 100 alat penyembur wangian yang dipasang di dalamnya.

Selain itu, sebanyak 500 peralatan digunakan semasa operasi pembersihan dan setiap operasi mengambil masa 25 minit untuk memastikan jemaah tidak diganggu.