
SANDAKAN, SABAH – Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kembali ke ibu negara selepas merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah dan Perhimpunan BN Sabah.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana sempat menghadiri Sesi Taklimat Kejadian Bencana dan Laporan Kewangan Negeri Sabah, sebelum merasmikan Bangunan Pejabat UMNO Bahagian Kinabatangan.
Pesawat khas yang membawa beliau serta rombongan berlepas pada jam 6 petang Ahad.
Hadir mengucapkan selamat jalan di Lapangan Terbang Sandakan ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan ahli-ahli BN Sabah. — JABATAN PENERANGAN SABAH





