Tiga Buah Rumah, Empat Kenderaan Kampung Pogunon Musnah Terbakar

Tiga Buah Rumah, Empat Kenderaan Kampung Pogunon Musnah Terbakar

0
SHARE
Jbpm
Lokasi kebakaran Kampung Pogunon awal pagi Rabu ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

PENAMPANG, SABAH – Tiga buah rumah dan empat kenderaan musnah dalam kebakaran awal pagi di Kampung Pogunon sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan pada jam 2.06 pagi.

Sepasukan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Penampang dibantu sepasukan lima anggota daripada Balai Putatan tiba dalam masa 14 minit.

“Kebakaran melibatkan tiga buah rumah jenis separuh kekal dengan keluasan 60×40 kaki terbakar 70 peratus, 40×30 kaki terbakar 100 peratus dan 3.70×50 kaki terbakar 100 peratus.

“Turut terlibat empat jenis kenderaan iaitu Perodua Kancil terbakar 80 peratus, Hyundai Atos terbakar 90 peratus, Proton Wira terbakar 90 peratus dan Toyota Van LiteAce terbakar 100 peratus.

“Tiada mangsa yang terlibat dilaporkan,” kata seorang jurucakap agensi, sambil menambah operasi pemadaman menggunakan sumber air pili bomba.

Operasi kemudian terkawal pada jam 3.28 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 5.16 pagi.