SABAH MINERAL TELAH MULAKAN PROSES UNDANG-UNDANG TERHADAP JONTIH DAN ALBERT TEI

SABAH MINERAL TELAH MULAKAN PROSES UNDANG-UNDANG TERHADAP JONTIH DAN ALBERT TEI

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), agensi kerajaan negeri yang mengawasi sektor perlombongan di Sabah, telah memulakan prosiding undang-undang di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak untuk menangani tuduhan serius berhubung penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran amanah yang melibatkan bekas kakitangan dan pihak luar.

Dua individu yang dimaksudkan itu ialah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), Jontih Enggihon, manakala pihak luar yang dimaksudkan ialah, kartel projek dari Semenanjung, Datuk Albert Tei.

Tindakan undang-undang itu bertujuan untuk mendapatkan pembetulan berhubung penipuan, pelanggaran tanggungjawab fidusiari dan kerahsiaan, penggubahan dokumen rasmi, konspirasi untuk mencederakan melalui cara yang tidak sah, dan kemungkinan perancangan bersama pihak ketiga. 

“Semua dokumen perundangan telah diserahkan kepada defendan yang terlibat di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.

“SMM mengambil langkah ini untuk melindungi kepentingannya serta kepentingan Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah. 

“Syarikat ini juga komited untuk mengekalkan standard tadbir urus korporat yang tertinggi dan memastikan akauntabiliti kepada negeri dan rakyat,” kata syarikat tersebut dalam sebuah kenyataan, hari ini.

Laporan berhubung penyalahgunaan kuasa melibatkan bekas CEO SMM, bersama kemungkinan kerjasama dengan pihak ketiga, juga telah dibuat kepada agensi penguatkuasa yang berkaitan, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC), bagi menyokong siasatan yang lebih luas berhubung perkara ini dan pematuhan terhadap kewajipan regulatori.

“SMM terus komited untuk menegakkan integriti, akauntabiliti, dan ketelusan dalam pengurusan sumber mineral Sabah dan memastikan bahawa semua operasi selaras dengan standard undang-undang dan etika,” tambahnya.